Sunday, 4 August 2013

Karipap Rangup .... Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan selamat berpuasa

Asalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan  ...

Pada tahun ini saya telah menukar tapak bazar ramadhan daripada sect 25 ke  sect 18 shah alam..(ingin memperluaskan lagi jenama),  terima kasih kepada pelanggan tetap kami yang sanggup mencari  karipap rangup kami  sehingga ke sect 18, terima kasih yang tidak terhingga. Pada kali ini  kami telah mempelbagaikan kan lagi karipap seperti KARIPAP AYAM, KARIPAP DAGING, KARIPAP SARDIN, KARIPAP KENTANG, KARIPAP TELUR dan KARIPAP GERGASI. semua karipap tersebut berharga RM1.00 kecuali karipap gergasi berharga RM3.00 Kepada palanggan kami sila datang ke bazar ramadhan sect 18 shah alam di tapak no.89 .. jumpa di sana kami menunggu kedatangan anda terima kasih.


Rasanya dah lama saya tak update blog kerana terlalu sebuk ..maafkan saya ye.. tapi sebenarnya  saya masih lagi menjalankan bisnes karipap goreng dan karipap frozen ni seperti biasa  5 hari seminggu , 4 minggu sebulan dan 12 bulan setahun. Cuma kadang2 tak sempat nak buka laman blog ni sbb ramai pelanggan yg call terus  bertanyakan kepada saya untuk tempahan  katering dan juga untuk perniagaan. Di sini saya ingin mengucapkan  ribuan terima kasih kepada pelanggan yg tidak jemu2 membuat tempahan dan juga memberi sokongan kpd perniagaan saya ini.  I love u all terima kasih saya ucapkan.Di ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya kepada semua. Maaf sangat2 tak sempat nak update blog ni sebuk sgt dgn bazar ramadan... Sedar tak sedar dah masuk minggu terakhir bulan ramadan .... tapi happy dgn sambutan yg de berikan oleh pelanggan setia karipap di tapak no 49 bazar ramadan sect 25 seri muda  shah alam. Terima kasih kepada yg sudi  tempah banyak2 utk majlis berbuka puasa.
 Di tapak  bazar ramadan sri muda shah alam. Baru siap goreng panas-panas lagi ni... Karipap Kentang, Daging, Ayam dan Sardin.

Selamat menyambut tahun 2013
Salam sejahtera semua, Sekarang kita dah pun melangkah  masuk ke tahun 2013, terasa cepat sungguh masa berlalu... rasa macam baru je  2012. Rasa nya belum terlewat saya  ucapkan kpd semua selamat menyambut 2013, dan jugak selamat menyambut maulidil rasul pada 24 januari  ini , moga semua succes dalam apa juga bidang yg di ceburi.

Sedar tak sedar dh nak masuk bulan okt. 2012 ..cepat betul masa berlari. Saya sekarang sebuk dgn tugas2 seharian untuk memenuhi permintaan pelanggan ada yg order utk ketering dan ada juga  yg  order  utk jualan harian.. Pendek kata hanya hari jumaat je saya rehat.,  6 hari lagi terpaksa menjalankan operasi... Sekarang permintaan mengatasi pengeluaran..Terfikir jugak saya nak beli mesin auto yg berkapasiti 5000 biji sehari pengeluaran. Semua tu dalam perancangan 2013..semoga  perancangan  tu berjalan lancar.. yg penting kita jangan sesekali lupa dan sentiasa bersyukur kpd allah yang memberi razeki kpd kita... insyaallah

Selamat Berpuasa kepada semua..
Selamat menyambut bulan ramadan kepada seluruh umat islam... Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan puasa la pulak  ye....  rasa cepat betul masa berjalan... saya seperti biasa lah... bila dh tiba bulan puasa ni sebuk dengan bazar ramadan la.. tahun ni saya dh dapat permin lisen niaga (dr MBSA) di bazar ramadan Sri Muda sect 25 shah alam.. kalau ada sapa2 nak dtg rasa karipap saya sila lah... cari je no. lot R78.. tahun ni saya akan sediakan 4 jenis inti iaitu karipap inti ayam, kentang daging, keledek.Saya akan goreng karipap ni di bazar ramadan utk kepuasan pelanggan nak yg panas2. Seperti tahun2 sudah inti ayam dan sardin la yg paling top...Mudah-mudahan tahun ini di murahkan razeki seperti tahun2 sudah jugak... aminnnn

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA PADA 1 MEI 2012
Saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua rakyat Malaysia semoga lebih bersemangat berkerja di masa-masa akan datang dan happy selalu di samping keluarga tersayang dan juga teman-teman.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012

Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 2011, terasa cepat sangat masa berlalu skrg kita dah berada di bulan Disembar 2011. Tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru 2012. Bila sebut pasal tahun baru ni topik yang paling top ada mengenai AZAM tahun baru, tetapi bagaimana dengan azam pada tahun yanag lalu... ?? Mungkin ada yg tercapai dan ada juga yg sebaliknya. Bagi saya azam tahun lepas sasaran tercapai income bisnes ni, untuk azam tahun baru nanti pula saya ingin menambah income 30 peratus lagi... dengan itu saya perlu meningkatkan kuntiti produk (karipap) dan mengekalkan kualiti .. moga azam saya tahun baru2012 akan tercapai insyallah.


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1432H KEPADA SEMUA...

Kini bulan Ramadhan datang kembali, segala persiapan berkaitan permit bazar ramadhan dgn MBSA telah pun selasai..alhamdullilah setelah di cabut undi (permohonan terlalu byk) pada tahun ni saya dapat tapak (no. 13) kedudukan tapak cantik jugak tu di bazar ramadhan Seri Muda.
Insyaallah pada tahun ni saya akan meyediakan karipap 4 jenis inti iaitu ayam, sardin, kentang dan keledek, dan atas prmintaan ramai pada tahun sudah saya akan menyediakan kulit karipap goreng yg rangup. Mogo pada tahun ni akan di berkati allah ...aminnn.

KARIPAP RANGUP 2011

Terima kasih kerana sudi melawat laman blog kami, Kami baru berkesempatan untuk update blog ini kerana sepanjang bulan ramadan yg lalu, kami terlalu sebuk dengan bisnes karipap frozen dan karipap goreng.

Sepanjang bulan puasa yang lalu kami telah menjual karipap goreng dan karipap frozen hampir 40,000 biji di bazar ramadan Seri Muda sect 25 Shah Alam tapak no 67. Anggaran jualan sehari di antara 1,300 biji~ 1,700 biji sehari termasuk tempahan katering, surau, masjid dan lain-lain. Kebanyakan pelanggan yang membeli adalah pelanggan tetap kami, dan kami amat-amat teruja di atas sokongan dan pujian palanggan terhadap keenakan rasa karipap keluaran kami.


Proses membuat kulit karipap





Inti Karipap Kentang








Karipap yang sudah di klim




Karipap yang telah siap di susun.




Karipap frozen sedia untuk di pasarkan




Karipap frozen yang siap di packing








Karipap sedang di goreng



Saiz karipap yang telah di goreng




Karipap yang sudah di goreng




Harga Karipap Frozen (Inti Kentang)
1) Minimum order 200 biji harga 34sen sebiji (saiz besar)
Anda boleh jual harga 50sen sebiji.
2) Harga Karipap Frozen (Inti Sardin, Ayam & Daging) Minimum order 200 biji harga 40sen sebiji.

Kos Penghantaran
Area Shah alam Rm 10
Area Petaling Jaya Rm15
Area Kuala Lumpur Rm20

Untuk keterangan lanjut sila sms

017-6720406
email: rozlan99@yahoo.com
http://pembekalkaripap.blogspot.com/